Thursday, April 3, 2014

Electric Hyper Car atasi kelajuan Supercar ?

Percaya atau tidak, sekarang kereta terpantas adalah kereta elektrik yang dijanakan oleh bateri saja. Kereta 'electrict hyper Car' yang digelar RIMAC ini merupakan buatan RIMAC Croatian Automobil yang dikatakan boleh mencapai kelajuan 60mph dalam masa 2.7 saat sahaja!!! kalah veyron dan lambo...




Hanya 88 buah kereta seperti ini dirancang untuk dikeluarkan dengan harga yang mencapai lingkungan 1 juta UD Dollar. murah jer kan?

Bateri direka untuk mencapai kelajuan 'superfast' ini diletakkan di bahagian bawah kereta. Bateri setinggi 91kWh mampu menjana 1,100 kuasa kuda.


Macam Kereta Remote jerrr....

Akan datang, tak akan ada lagi kereta yang mengaum bunyi VROOMMM... 
Tapi best ke naik supercar tanpa bunyi ni...? apa pendapat anda?

-admin-

Wednesday, April 2, 2014

Lancer Evo

Evo menjadi idaman setiap jejaka lasak... namun evo siri berapa yang menjadi igauan anda...?





Lancer Evo lebih popular dengan gelaran Evo, merupakan sebuah kereta keluaran Mitsubishi. Setakat ini sudah sepuluh versi rasmi dikeluarkan, kesemuanya menggunakan sistem enjin berkuasa turbo. Kesemuanya menggunakan enjin dua liter dengan pengecas turbo dan sistem pacuan empat roda. Model Evolution sehingga versi VII adalah hasil usaha Mitsubishi untuk menyertai Kejuaraan Rali Dunia. Untuk mematuhi peraturan kejohanan, model Evolution adalah berasaskan kerangka yang sama seperti Lancer.

Evolution asalnya disasarkan hanya untuk pasaran Jepun sahaja tetapi permintaan daripada pasaran import pihak ketiga membawa kepada penjualan di seluruh dunia termasuklah rangkaian pengedar RalliArt di United Kingdom dan di beberapa negara Eropah lain sejak tahun 1998.

Model spesifikasi Jepun dihadkan oleh perjanjian sesama pengeluar kereta sendiri untuk mengehadkan angka kuasa kuda yang diiklankan iaitu pada sekitar 276 hp (205 kW), takat kuasa kuda yang sudah dicapai oleh Evolution IV. Sungguhpun demikian, spesefikasi sebenar bagi kuasa kuda enjin boleh jadi lebih tinggi, misalnya Evolution IX spesifikasi Jepun mempunyai kuasa kuda sebenar sekitar 321 PS (317 hp/236 kW).

Versi lain di luar Jepun, terutamanya di UK, mungkin mempunyai kadaran kuasa kuda yang lebih tinggi; ada kalanya sehingga setinggi 405 bhp (302 kW). Malah, komponen standard yang digunakan dianggap sebagai komponen 'talaan' jika dibandingkan dengan kenderaan jalanan biasa. Contohnya, roda tenaga bagi kereta biasa adalah seberat 12-15 kilogram, tetapi roda tenaga Evolution hanya seberat 6 kilogram untuk tindak balas enjin yang pantas.
Pada tahun 2008, generasi terkini Lancer Evolution X dilancarkan di seluruh dunia termasuklah di Malaysia, menampilkan enjin 291 hp (217 kW) 4 sebaris turbo serba baru serta sistem aliran kuasa pacuan empat roda sepenuh masa.

admin
sumber rujukan : wiki

Tuesday, April 1, 2014