Monday, April 11, 2016

Fakta Tentang Top Fuel Dragster Yang Sukar Dipercaya

Terdapat lebih daripada 200 kategori 'class' yang dipertandingkan di dalam sukar permotoran dragster ini, kategori yang paling tinggi ialah Top fuel Dragster yang selalu dirujuk sebagai 'Kings of The Sports'. Body kereta ini dibina daripada besi tiub chromoly dan gentian karbon komposit, kereta Top Fuel berukuran 25 kaki panjang dan berat 1050 kilogram. kali ini kru GearTinggi akan berkongsi fakta mengenai Top Fuel Dragster yang mungkin ramai belum tahu. Fakta ini diperolehi daripada sumber rujukan yang pelbagai, Selamat membaca... 

Pemandu Popular Dragster.
Nama jaguh pemandu dragster ini ialah Tony Schumacher yang merupakan 8 kali juara NHRA. Dia merupakan anak kepada pemandu NHRA dragster lagenda iaitu Don Schumacher.

Hubungan jaguh dragster dengan Michael Schumacher.
Tony bukanlah adik atau abang kepada Michael Schumacher, jaguh formula one. yang peliknya, secara kebetulan kedua-dua jaguh ini lahir pada tahun 1969. Tony berbangsa Amerika manakala Michael pula berasal dari German.

Kelajuan mencapai 300mph dalam masa 3 saat
Pembakaran bahan api yang sempurna membolehkan sebuah 'dragster' mencecah 330mph atau 530km/j hanya dalam masa purata tiga saat (3.05 saat untuk menjadi tepat). Perbandingannya adalah hampir kepada kelajuan jet semasa 'take off' dari landasan. 

Kuasa Kuda sangat tinggi
Terlalu sukar untuk dibayangkan kepantasan monster ini, namun memandangkan kuasa kuda yang dijanakan mencecah kira-kira 7,000 hingga 10,000 hp (kira-kira 37 hingga 52 kali kuasa kenderaan biasa), tiad yang mustahil.
Penggunaan bahan api yang tinggi.
Untuk mencapai kuasa kuda yang tinggi pula, sudah tentu dragster akan 'minum' bahan api secukupnya, monster ini dikatakan akan membakar kira-kira 65-80 gelen seminit! untuk konfigurasi mode enjin dan bahan api "supercharged, fuel-injected nitromethane"

Berat bertan-tan Dragster boleh berterbangan di udara dengan mudah
Jumlah berat dan juga downforce sebuah dragster amat tinggi, namun apabila ia mencapai kelajuan tertentu, kuasa graviti boleh menjadi '0' dan ia boleh terbalik atau 'terbang' bila-bila masa.

Fakta am kereta : Secara umumnya, hampir semua jenis kereta yang ada sekarang sekarang berasal dari penyelidikan yang asalnya dibangunkan untuk tujuan perlumbaan, dan ini Fakta, bukan Auta.


Sekian
Admin & Kru GearTinggi

No comments:

Post a Comment