Kali ini kita akan kaji bagaimana untuk menambahkan lagi efisiensi combustion agar lebih baik melalui elemen ketiga iaitu memberi tambahan 'nyawa' !!!
SURBO
SURBO merupakan satu alat yang dicipta untuk menambahkan tekanan udara
yang memasuki enjin kereta. Ia juga di kenali sebagai "SUCTION TURBO". SURBO menghasilkan tekanan udara 0.3 bar (tekanan wujud dari vakum) yang membolehkan anda merasakan kuasa pecutan ala turbo yang terhasil dari static turbine. SURBO sesuai untuk semua jenis kereta.
Cara surbo berfungsi
Jimat Minyak - 25% (TWIN SURBO)
Tambah Kuasa - 35% (TWIN SURBO)
Pemasangan Pantas - (5-10 MINIT)
Harga pun murah - RM150 - RM170 je
Teman sendiri pernah memasang Surbo dari brand Vortex pada kereta perdana teman, memang berbeza. Dapat rasa pick-up lebih sket dari biasa. Tarik pun panjangggggg..... Keta Perdana teman dah jual, teman ambik Cefiro A31 plak..., why? nak rasa main TURBO plak.
TURBO
Turbo dicipta pada tahun 1920an oleh mat salleh switzerland untuk kapal terbangnya. dan mula ditunakan dalam teknologi kereta pada tahun 1960an dan muncul dalam sukan Rally. Turbo adalah sebuah induksi paksaan (Forced induction) yang memaksa angin untuk masuk ke dalam kebuk pembakaran (combustion chamber) dengan mengecas udara diluar.
Bagaimana berfungsi? Turbine (turbo) diletakkan pada bahagian paip ekzos di hadapan enjin i.e. outlet manifold. turbine adalah sejenis kipas yang mempunyai bilah di bahagian kiri dan kanannya.
Apabila angin ekzos dihembuskan, ia akan menggerakkan bilah pada bahagian ekzos dan secara tak lansung bilah pada bahagian intake turut berputar.
bunyi bunyian aneh seperi PISSHHH!!! TUTUTU!! itu datangnya dari blow off valve. blow off valve berfungsi untuk melepaskan angin berlebihan yang ditarik oleh turbine. bunyi itu memang menarik minat namun tidak dipaksa penggunaannya. Teman punya bunyi PRRRRR.... lemah teman dengornye...
Ni ha bendanya... Greedy blow-off valve, teman pakai jenis ni le dulu, kadang2 pakai SQV, kadang2 tukar sheep dog. Jenis ini juga dipakai secara meluas di arena kereta turbo di seluruh malaysia kerana bunyinya yang mantap.
Kalau nak bunyi...psssstututu, kena adjust diaghram/piston kasi keras sampai terhasil back pressure (surge) baru la bunyi flutter macam burung tekukur..
Turbo memerlukan penjagaan yang teliti, terutama kalau extreme modded guna high boost. Sekali kalau enjin dah blow, banyak juga la RM yang akan terbang nanti.
Bagi teman, teman capai kepuasan dengan TURBO walaupun dah dah banyak RM teman laburkan...
Abang Besar,
gearTINGGI
No comments:
Post a Comment