Wednesday, April 20, 2016

Mr Bean Pemandu Terpantas TopGear

Top Gear merupakan siri televisyen British yang berkisarkan permotoran, terutamanya kereta, dan merupakan program televisyen yang paling banyak penonton di dunia. 

Ia bermula pada tahun 1977 sebagai program majalah permotoran konvensional, tetapi dari masa ke masa, dan terutama sejak pelancaran semula dalam 2002, ia telah dibangunkan dengan gaya yang lebih lucu dan kadang-kadang agak pelik dan selalu menimbulkan kontroversi.

Trek untuk rancangan Top Gear telah digunakan oleh 'BBC automotive television' terletak di Dunsfold Aerodrome of Surrey, United Kingdom. Trek yang dibangunkan oleh Lotus Cars sebagai kemudahan ujian pengendalian untuk formula 1. Trek ini digunakan untuk menguji kemampuan kereta dan juga pemandu. Kali ini, Top Gear telah mengundang bintang 'Mr Bean' iaitu Rowan Atkinson untuk menjadi tetamu khas rancangan, seterusnya menjalani uji pandu kepantasan.
'Mr Bean' merupakan bintang yang dikenali kerana minat mendalamnya pada perlumbaan kereta. Beliau sendiri memiliki koleksi supercar dan muscle carSetelah beberapa kali menolak untuk tampil di dalam siri terhebat ini, akhirnya beliau setuju untuk membuat penampilan sulungnya di dalam rancangan yang bertemakan " kereta harga berpatutan". 

Di dalam segmen ujian memandu rancangan pula, beliau diminta untuk melengkapkan satu pusingan yang penuh untuk masa dicatatkan. Percaya atau tidak, beluai telah menyempurnakannya pusingan penuh dalam masa haya 1 minit 42 saat dan menjadi pemandu selebriti yang paling pantas. 



Berikut merupakan senarai pesaing di dalam rancangan ini..

• Rowan Atkinson, actor 1.42.2
• John Bishop, comedian 1.42.8
• Ross Noble, comedian 1.43.5
• Tom Cruise, actor 1.44.2
• Cameron Diaz, actress 1.45.2
• Rupert Grint, actor 1.45.5
• Boris Becker, tennis star 1.45.9 (w)
• Peter Jones, entrepreneur and Dragons' Den star 1.45.9
• Andy Garcia, actor 1.46.1
• Alastair Campbell, former No 10 director of communications 1.47.00
• Louis Walsh, music manager and X Factor judge 1.47.7
• Al Murray, comedian 1.48.1
• Sir Bob Geldof, singer and political activist 1.48.1
• Jonathan Ross, TV star 1.49.0 (w)
• Jeff Goldblum, actor 1.49.0
• Nick Robinson, BBC political editor 1.49.9
• Bill Bailey, comedian 1.50.8 (w)
• Amy Williams, skeleton racer and Olympic gold medallist 1.50.9 (w)
• Amber Heard, actress 1.50.3
• Johnny Vaughan, broadcaster 1.53.3 (w)
• Louie Spence, choreographer 1.53.6 (w)
• Alice Cooper, rock star 1.56.3 (w)



Sekian,
Abang Besar

No comments:

Post a Comment